Monday, January 11, 2010

I feel loved..=)


Assalamualaikum wrt wbt..

Lama dah tak rasa sebahagia ni...=)

-------------------------------------------------------------------

Tempoh hari aku menyatakan hasrat hati kepada ayah, aku nak beli laptop baru..

Harini aku minta pendapat ayah mengenai laptop pilihan aku..ayah memang terer bab-bab komputer ni..




"..bagus...resolusi mantap, gambar cantik..", kata ayah. "Belilah...."




Tapi aku cakap kat ayah aku tak boleh beli lagi..'tadop pitih' bak kata orang kelantan..poket kering lepas balik dari Canada..=p

Terus ayah offer nak sumbang duit untuk beli laptop tu...




"..hmm..tak payah la yah..adek boleh kumpul duit..biasiswa masuk hujung bulan, minggu depan gaji pun masuk..", aku balas cepat-cepat.




Tak pernah aku guna atau minta duit dari mak ayah sejak aku dapat biasiswa bulanan dari MARA.. Dah lama aku bertekad tak nak mintak duit dari mak ayah kalau aku mampu kumpul sendiri...tambah pulak aku bekerja sambilan..mampu je nak menyimpan sampai cukup...




"...Ayah rasa ayah boleh bagi sikit...macamana cara nak hantar?..", ayah balas. Nada macam tak boleh diprovokasi lagi.




Malam ni je dah dua tiga kali ayah call. Nak memastikan nombor aku berfungsi dan lain-lain..nak pastikan duit yang dikirim nanti sampai ke tangan aku.




"Tengahari nanti ayah transfer..OKlah, ayah ada mesyuarat dengan GPK..".




Sebak tiba-tiba.




Bukannya aku tak tahu tahap sibuk ayah kalau dia kat sekolah. Mak selalu cakap, 'ayah adek tu ngalahkan perdana menteri busynya!'.. Busy-busy ayah pun concern lagi pasal anak dara dia yang jauh ni..oh man..terharunyeeee...=(

Tak tahu kenapa aku rasa bahagia sangat. Betul-betul rasa loved. Padahal orang lain selalu je kan mak ayah kirim duit. (jakun ke aku ni? =P)

Mungkin dari kecik lagi aku dah hidup berdikari kot, jarang mintak tolong apa-apa dari famili, terutama mak ayah. Apa-apa semua kalau boleh resolve sendiri, resolve sendiri. Mak pun cakap, dia 'kehilangan' aku sewaktu aku 8 tahun..time really flies..dah besar-besar gini, bila mak ayah offer nak bantu apa2, even bagi nasihat pun..mesti menitik air mata ni...


"...kau kena bagi diorang feel diorg cam still responsible kat kau, cam kau still perlukan diorg, its a great feeling you knoww..", kata seorang kawan.



Betul kot...



Sorry mak, ayah...adek membesar terlalu cepat...




=((




"Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil." ----> (DAN BESAR!)

0 comments:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP