Saturday, January 20, 2007

MARAH!!!arrgh..

pernah x anda merasakan marah yang teramat2? semacam ada api yg sedang mnyala2 n air panas yg membuak2 kat dada?....rasa nak menyumpah seranah makhluk Allah yg jadi penyebab api ammarah anda tu...even more so, anda yg x semena2 menjadi mangsa situasi yg akhirnya anda yg lebih kena tempiasnya..SubhanAllah... hebat sngguh ye perasaan yg Allah ciptakan kpd manusia ni...ade gembira, sedih, kecewa, cemburu...dan marah..


MARAH



Perasaan marah yang terbit adalah api di dalam dada insan. Sifat ini hadir apabila berlaku sesuatu yang tidak menepati kehendak hati. Perasaan itu akan berkobar-kobar dengan hebatnya jika api kemarahan dihembus lagi. Imam Ghazali menggambarkan sifat marah itu bagaikan darah yang mendidih di dalam dada. Ia akan menghasilkan asap hitam yang menyembur ke otak dan seterusnya menguasai akal fikiran manusia. Akibatnya, sifat itu mempengaruhi fizikal manusia sehingga menutup mata dan menggelapkan pandangan.
Manusia yang sedang membara kemarahannya boleh dilihat menerusi air mukanya yang berubah, tindakannya yang tidak menentu dan tutur katanya tidak teratur. Akal fikirannya waktu itu seolah-olah suatu benda yang terbakar. Api marah dapat membakar hati dan sikap ini tidak elok dibiarkan berterusan.

Dalam konteks agama, Islam membenarkan manusia marah dengan maksud untuk meluruskan yang salah, mencegah yang mungkar dalam keadaan yang terkawal dan waktu dan tempat yang sesuai. Sebab itulah ada ungkapan yang mengatakan, marah biarlah bertempat.
Jika tidak sesuai dengan keadaan, marah tidak dibenarkan kerana syaitan paling mudah menguasai manusia ketika sedang marah. Waktu itu, syaitan menciptakan keadaan yang boleh menyebabkan manusia tidak sedar apa yang mereka ucapkan dan perbuatan yang dilakukan.

Al-Quran ada merakamkan beberapa kisah tentang sifat marah yang terjadi kepada beberapa orang Nabi yang marah disebabkan oleh kedurhakaan kaumnya yang enggan taat kepada perintah Allah s.w.t. Mengenai kisah Nabi Yunus misalnya, al-Quran menyentuh mengenai marahnya terhadap sekelompok Bani Israil yang enggan taat sehingga dia meninggalkan tugas dan menuju ke laut. Dia menduga bahawa “Kami tidak akan memberinya hukuman atas marah”. (Surah al-Anbiya, ayat 87). Malah Rasulullah s.a.w sendiri diingatkan oleh Allah s.w.t akan bahaya sifat marah. Allah bersabda, “Janganlah engkau menjadi seperti Nabi Yunus yang ditelan oleh ikan besar,” (Surah al-Qalam, ayat 47).
Memandangkan banyak kesan buruk akan berlaku akibat sifat marah, Rasulullah s.a.w berpesan kepada kita agar tidak mudah marah. Andai kata rasa terdorong untuk marah, al-Quran dan as-Sunnah mengajar kita supaya memohon perlindungan Allah s.w.t daripada syaitan. Ini kerana syaitan akan mengipas dan menyiram minyak untuk menyemarakkan api di dalam hati.

Anda dianjurkan untuk diam, duduk dan meninggalkan tempat itu. Jika perasaan marah masih memuncak, eloklah berbaring. Rasulullah s.a.w bersabda, “Kalau salah seorang di antara kamu marah, sedang ketika itu dia berdiri, maka hendaklah duduk. Kalau marahnya belum reda, hendaklah berbaring,” (Riawayat Abu Daud dan Ibnu Hibban).

kadang2 sudah diam2 mengucap bnyk kli dalam hati...tp serasa xberkesan jgk..sbb akal lebih berkata2 'dia yg salah, logikla aku rasa marah kat dia ni!'
...akhirnya diam itu juga yg lebih berkuasa...krna sedar bila mulut trbuka, mcam2 perkataan akan ke udara...:sigh:

p/s: 'auzibillahi minassyaithonirrajeem, Allahummagh firli zanbi waazhib ghaiza qolbi waajirli minassyathonirrajeem...'aku berlindung diri dari Allah dari syaitan yang terkutuk; ya Allah ampunilah dosaku, dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah daku dari syaitan yang terkutuk'


SALAM MAAL HIJRAH 1428...

Assalamualaikum wrt wbt...

Selamat membuka tirai baru tahun 1428H..semoga tahun baru Islam kali ini memberi kekuatan dan kegemilangan kepada umat Islam seluruh dunia...semoga cahaya yang dicari-cari kan kunjung tiba...




Antara peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Muharram..:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.


10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

-Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

-Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
-Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
-Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
-Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
-Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

-Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
-Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

-Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

-Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
-Hari pertama Allah menciptakan alam.

-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
-Allah menjadikan 'Arasy.

-Allah menjadikan Luh Mahfuz.

-Allah menjadikan alam.
-Allah menjadikan Malaikat Jibril.
-Nabi Isa diangkat ke langit.


Subhanallah banyaknya...Wallahualam..

p/s: new year resolution?...la tahzan..cukup2lah..=)

Wednesday, January 17, 2007

Khabar iman

Assalamualaikum wrt wbt..

Apa khabar iman anda? meningkat? merundum? biasa2 je?=) suka sungguh diri dengan persoalan ni..iman diri kalau betullah nilaiannya seperti graf sinusoidal..ada hari serasa seperti nak menangis puas2 di atas sejadah,peluk Quran erat2,lama2..ada hari serasa terlalu sibuk dengan duniawi,sejadah x sempat rasa hangat..'ah, sok2 aku bacalah Quran tu..'..aduhai..


y-axis: tahap iman
x-axis: masa dalam unit hari

graf tadi dimulai dengan koordinat (0,0)..logik ye bukan?lahir2 dengan jiwa yang sangat bersih, dari kotoran dan dosa..hinggakan orang tua2 membuat perumpamaan seperti kain putih yg bersih..tunggu masa nak dicorakkan..jiwa yg putih dan suci itu sudah bagaimanakah agaknya 18 tahun kemudian..?

Terbaca satu artikel menarik..menurut,"memang jiwa remaja diciptakan kosong agar hatinya diisi rasa cinta pada ilahi"-dan kerana itu banyak hadith dan nas yang memuji serta memberi jaminan tingginya tempat golongan pemuda ini di hari yang pasti akan tiba..SubhanAllah..Fikir2 semula,sejauh mana definisi cinta Ilahi tu melekat dalam jiwa '18 tahun' ini..? sejengkalkah..? selautan duniakah..?

Berbalik pada perumpamaan graf tadi,bukan saja2 diri berkata,cuma teringat sewaktu satu usrah bersama rakan2 usrah dan naqibah,beberapa bulan yang lepas..sewaktu diri ditugaskan memberi tazkirah..Bismilllahirrahmanirraheem..

MANUSIA BERHADAPAN DGN 6 PERSIMPANGAN

Abu Bakar r.a. berkata, "Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu supaya meninggalkan agama, jiwa mengajak ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya daripada akhirat dan anggota tubuh mengajakmu untuk melakukan dosa.

Dan Tuhan mengajakmu masuk ke syurga serta mendapat keampunanNya, sebagaimana firmanNya yang bermaksud "… Dan Allah mengajak ke syurga serta menuju keampunanNya …".

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan sesiapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan sesiapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperoleh semua kebaikan...Wallahualam..

Tengok..bukan satu, bukan 2, bukan 3,tapi 6 persimpangan sekaligus insan2 kat dunia ni berhadapan dengan..MasyaAllah..patutlah melawan hawa nafsu tu lebih jihad dari jihad fisabilillah..dan sepanjang perjalanan hidup diri di US ni menyaksikan, Allah..sungguh..banyak sangat persimpangan2 yang dok menarik2 jiwa yang maha lemah ni.. iman senipis kulit bawang!

Realiti,mustahil manusia dapat lari dari persimpangan2 yg tersebut..yang membezakan cuma, dimohonkan pada Allah agar tidak terjerumus dalam salah satu persimpangan tu lama2..diri xnak hilang agama, diri xnak hilang akal, diri xnak hilang akhirat dan apatah lagi syurga..

Allahumma a'tini iimana la yartad..waa yaqeena laisa ba'dahu kufr..
ya Allah,berikanlah kepadaku iman yang kuat dan keyakinan yang tidak lagi depengaruhi kekufuran..Ameen..

p/s: akhirnya, diri setuju dengan pendapat penulis tersebut, persoalan cinta tuhan...itu sukar didefinisi,biar bermain dengan cinta manusia,itu pun sudah cukup hebat terasa=)

..namun sungguh,cinta Ilahi itu pasti menjanjikan bahagia yg hakiki..

Sunday, January 14, 2007

Hati terasa...

Assalamualaikum...

Adalagi words yang ingin diri kongsi..


Silam

Kadang-kadang
Kite rasa cam nak bunuh masa silam
Nak padam, rendam, klorox-bleach, berus2, letak dlm washing mishin, buh dynamo
Kasi tanggal semua parut masa silam

Tapi
Buatlah cemana pon
Silam itu tetap di situ

Larilah
Pekiklah
Lolonglah
Silam itu tetap di situ
Terpahat, terpatri abadi
Takkan mampu dipadam

Kadang-kadang cam nak tulis surat kat Tuhan
Nak tanye
Apa yg disediakan untuk saye
Pada masa depan
Apekah saye akan terus berada atas jalan ini?
Apekah silam saye akan terus mengejar?
Apekah saye akan menutup mata dalam syahid cinta-Nya?
Adekah saye hanye berangan-angan kosong?

Tapi
Saye tahu
Yang baek itu dari-Nya
Yang tak baek tu dari saye sendiri

Jadik,
Keje jelah kuat-kuat
Manelah tahu saye mati
Pada esok hari?
___________________________________________
Menongkah gelisah,
Menelan pahit,
Meneguk tuba,
Mendamba sinar,
Di hujung sana..


p/s: Jazakumullah n great credits to Kak Eena..may Allah bless you..

Friday, January 12, 2007

Rasa hati..

Assalamualaikum...
Best sngat lagu ni..kna amat dengan tema 'mood' diri belakangan ni...nak dengar? download je kat sini

Pergi jauh dariku
Biarkanku
Jangan ganggu diriku
Hai Silamku
Berat sudah kutanggung beban ini
Kelak kanku ganti dengan senyuman
Walaupun pahitnya masih ku terasa

Mungkin kali ini
Kanku mampu mengharungi
Pimpin jiwaku ini
diri yang lemah Oh Kasihku
Selamat tinggal silamku
pergi jauh dariku

by: NowSeeHeart - Selamat Tinggal Silamku

dan yang ni...kat sini

Bahagia seluruh semesta
Bermula dari keluarga
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi

Tumbuh dari keringat ayah
Kita perah pengorbanannya
yang melimpah
Derai air matanya mengalir
Di darah kita membina cita-cita

Rentaslah seribu laut (serta)
Kembaralah ke seluruh alam
Takkan kau temui
Semurni cinta 2X
Keluarga

Langkah remajamu
Ditusuk sembilu
Kembara dewasamu
Diamuk nafsu

Ingatlah pesan Ibu
Kenanglah pesan Ayah
Kembalilah
Ke jalan Allah.....

Sayangi keluarga
Di situlah bahagia.....

by: NowSeeHeart - Keluarga Bahagia




DUHAI HATI

Andai hati boleh berkata-kata....
Akan terbongkarlah segala rasa...
Rasa yang tidak terungkap dengan kata-kata....
Rasa yang susah dimengertikan oleh sesiapa....

Rasa hati...
Air mata ini sering mengalir...
Menahan hati dari terus berkata-kata...
Sakitkah engkau hati...
Kerana menyimpan rasa ini...
Adakah aku yang zalim...
Kerana membiarkan ia terpaku hati....

Aduhai alangkah susahnya menahan rasa ini....
Andai iman tiada, binasalah diri...
PadaNya jua aku berserah diri....
Segala ujian yg perlu ku tempuhi....

Duhai hatiku....
Maafkan aku menyeksa dirimu....
Bukan aku tidak mahu....
Tapi aku akur dengan ketentuan tuhanku....
Ku harap kau tabah selalu....
Menghadapi hari esok yang pasti berlalu....

Bersabarlah duhai hati....
Bukankah sudah aku katakan berkali-kali...
Hari yang silam usah dikenangi..
Kerana itu cubaan dari ILAHI.....

Tuhan Rabbul 'Izzati.....

Berilah kudrat kepada si hati..

dalam mencari cahaya abadi..

insyaAllah
Amin…


p/s: :_)

Wednesday, January 10, 2007

Perjalanan baru!

Assalamualaikum wrt wbt...

Esok, bermulalah mukadimah perjalanan baru diri..sok, semester Spring 2007 di Vanderbilt University start.. serasa diri, sekelip mata je,dah dkat 7 bulan diri hidup di bumi USA ni..teringat plak swaktu awal2 smpai dulu, Jun 20, 2006..ah..kenangan.


Ingatkan terlalu ssh utk survive di perantauan nih..dgan persekitaran, suasana, budaya, dan bahasa yg berbeza. tmbah pulak dgn kerinduan yg membara2 pd kampung halaman, family n lebih2 lagi makanan melayu jawa (hehe..), Allah..boleh menitis airmata....but then, teringat sorang bapa sedara diri yg satu-satunya berjaya mlanjutkan plajaran ke overseas di klangan family..yg mana diri ingat swaktu raya lpas diri mengeluh sedih beraya kat US nih..dlam kad raya kirimannya die menulis, "Dear Adek, Selamat berhari raya di perantauan. Don't feel too sad. Pak Man dah melaluinya 10x...Hidup juga kan.."fikir2 balik..btul jgak..how hard can this be?:)..

credits to Pak Man..n back to reality, dh separuh freshman year diri tempuh..so far alhamdulillah ok je..:)

Erm..sbenarnya gelisah jga bila mengenangkan credit hours yg perlu diambil sem nih..18..(sbnarnya xperlu pun 18, cma diri decide amek stu subjek lebih dr org len spya xpack sgat sem2 akan dtg n klu boleh nk amek minors..) purata student amek dlam 15 ke 16..klu ade pon sgt jrang org amek 18 waktu freshman year nih..erm..xpelah..diri cuba..where there's a will there's a way..insyaAllah boleh je kot..may Allah grant strength n courage for me throughout the year, may Allah guide me through the path that I've chose, which I chose from the light He gave..nk berkongsi sket kata2 kat bawah ni..suke sngat..:)

For all the negative things we have to say to selves,
Allah has a positive answer for it.

You say: "It's impossible"
Allah says: All things are possible

You say: "I'm too tired"
Allah says: I will give you rest

You say: "I can't go on"
Allah says: My grace is sufficient

You say: "I can't figure things out"
Allah says: I will direct your steps

You say: "I can't do it"
Allah says: You can do all things

You say: "I'm not able"
Allah says: I am able

You say: "It's not worth it"
Allah says: It will be worth it

You say: "I can't forgive myself"
Allah says: I FORGIVE YOU

You say: "I can't manage"
Allah says: I will supply all your needs

You say: "I'm afraid"
Allah says: I have not given you a spirit of fear

You say: "I'm always worried and frustrated"
Allah says: Cast all your cares on ME

You say: "I don't have enough faith"
Allah says: I've given everyone a measure of faith

You say: "I'm not smart enough"
Allah says: I give you wisdom

You say: "I feel all alone"
Allah says: I will never leave you or forsake you

You say: "Nobody really loves me"
Allah says: I love you


p/s: dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim....GOOD LUCK, diri!!

Monday, January 8, 2007

Pembimbing manusia di dunia akhirat..


Kalau sekiranya kami menurunkan Al-Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. (QS. 59:21)

Firman Allah bermaksud: "Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (mengenai datangnya daripada Allah dan sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa." (Surah al-Baqarah, ayat 2)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa hendak berdialog dengan Allah s.w.t. maka bacalah Al-Quran"

Riwayat dari Utsman ibn Affan r.a. berkata :Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran lalu mengajarnya."

Al-Hakim mengikhraj dari Ibnu Mas'ud:"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah s.w.t. (Al-Quran) maka baginya pahala satu HASANAH (satu kebajikan) dan satu HASANAH itu berganda sepuluh. Tidak aku katakan ALIF-LAAAM-MIIIN adalah satu huruf, melainkan ALIF satu huruf, LAAAM satu huruf dan MIIIN satu huruf."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Kau pergi dipagi hari lalu kau belajar satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. (AL-QURAN), sungguh hal itu lebih baik bagimu daripada kau lakukan solat seratus rakaat."

Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.:

"Barangsiapa mendengarkan satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. maka dicatatkan untuknya HASANAH berganda, dan barangsiapa membaca satu ayat Kitab Allah s.w.t. maka ayat itu merupakan nur baginya kelak dihari kiamat."

Juga diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Hai Abu Hurairah, pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada manusia, dan kau selalu begitu hingga datang maut menghampirimu dalam keadaan begitu maka para malaikat berduyun-duyun kemakammu sebagaimana orang-orang mukmin berduyun-duyun keBaitullah al-Haram."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa mengajarkan kepada anaknya satu ayat Al-Quran maka hal itu lebih baik baginya daripada ibadah selama seribu tahun, (iaitu) berpuasa disiang hari dan solat dimalam hari selama seribu tahun dan lebih baik baginya daripada seribu dinar yang ia sedekahkan kepada kaum fakir miskin."



Dunia ini secara keseluruhan belum pernah memperoleh sebuah kitab seperti Al-Quran yang mulia ini, yang mencakupi segala kebaikan, dan memberi petunjuk ke arah jalan yang paling lurus, serta merangkumi segala hal yang akan membahagiakan manusia. Allah berfirman, "Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.."(Al-Israa':9)

Rahmat Allah akan dilimpahkan kepada orang-orang yang membaca Alquran dan mereka yang menegakkan hukumnya, juga mencakup orang-orang yang mendengarkan bacaannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal, (yaitu) orang-orang yang mengerjakan salat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia".(Al-Anfaal:2-4)

Tingkatan orang yang membaca Al-Quran..

1. Jutawan - Membaca 300 hingga 1000 ayat setiap malam
2. Jayawan - Membaca 200 hingga 299 ayat
3. Setiawan - Membaca 100 hingga 199 ayat
4. Pemelihara - Membaca 50 hingga 99 ayat
5. Yang ingat - Membaca 10 hingga 49
6. Yang lalai - Membaca 0 hingga 9 ayat

p/s: hati diri resah n xtenang kebelakangan ni..semua bnda dirasakan xkena, dan setiap perbuatan org lain diburuk sangkakan..pendek kata hati n fikiran mmg xtenang..one day, bila diri pegang n start baca tafsir Quran after satu solat, I felt all the burdens dissapeared eventually..lagi2 bila baca ayat2 Al-Quran tersebut n kte faham mksud dia, rasa nak menitis airmata, betapa Allah jadikan setiap perkara tu berhikmah..so, the only solution, BACK TO THE QURAN(credits to the person yg bagi badge tu..:))



  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP