Sunday, April 8, 2007

Mana ilmu sebelum berhujah??

Assalamualaikum wrt wbt...

Tertarik selepas membaca 2 artikel tulisan Ust. Hasrizal di blognya saifulislam.com ; 'Nasib Nelayan Perahu Kecil' dan 'Mana Pintu Mana Tingkap'

2 artikel yang berkesinambungan. Sewaktu ketemu artikel yang pertama, diri garu kepala beberapa kali..apalah agaknya isu yang cuba diketengahkan ustaz ni..memang tak dinafikan dalam kebanyakan waktu diri berkunjung ke blognya itu dan membaca artikel tulisannya, berkerut2 dahi ni dibuatnya..perkataan yang digunakan kompleks amat bagi diri yang kecetekan ilmu ni..sungguh. Tapi tak diri nafikan juga kedapatan artikel yang mudah diterima akal dan fikiran yang sempit ini..seperti artikel yang kedua. Lebih mudah difahami. Suka baca artikel 'Mana Pintu Mana Tingkap' tu. Kena batang hidung sendiri.

“Gajah ini bentuknya panjang. Macam batang buluh. Tapi lembut sedikit berbanding buluh”, kata si buta yang meraba belalai gajah.

”Eh, kamu biar betul, aku rasa gajah ini bentuknya macam talam. Lebar dan luas”, bantah si buta meraba telinga si gajah.

”Aku yakin gajah tidak begitu. Gajah pada pengamatan aku bentuknya macam kawah nasi. Lebar dan gendut, macam-macam boleh isi”, tegas si buta tiga yang meraba perut gajah berkenaan.

Akhirnya ketiga-tiga orang buta itu terus berbalah sesama mereka kerana mereka cuba menghuraikan tentang rupa gajah berdasarkan bahagian yang diraba, tanpa meraba keseluruhan tubuh badan si gajah malang itu.

dipetik dari artikel kedua..menarik sekali sebagai mukadimah pada pendapat peribadi. Mesej yang cuba diselitkan pun cukup realistik iaitu bagaimana kita mentafsir sesuatu isu berdasarkan info dan picisan2 maklumat yang kedapatan dari sumber2 yang ada disekeliling. The word is 'picisan maklumat' so to speak..Dalam erti kata lain, kebanyakan orang atau diri sendirila yang paling dekat, selalu memberi hujah atau tafsiran terhadap sesuatu 'blankly' tanpa mengkaji atau mendalami ilmu2 berkaitan. Jadilah seperti tin kosong yang bising bunyinya bila diketuk. Hanya suka berhujah tanpa memiliki ilmu yang kecukupan. Apa hukum Islam terhadap orang seperti ini, dan lebih2 lagi diri sendiri??

Isunya mudah, dan penyelesaiannya mudah juga (secara cakap2 mulut). Tuntut dan dalamilah ilmu berkaitan sebelum berhujah. Ustaz Hasrizal tulis lagi,

"..apabila kita mempelajari Islam secara melompat sana melompat sini tanpa disiplin ilmu, maka inilah kesulitan yang berlaku."

(sigh) Dari aspek ilmu2 Islam. Bila fikir2 balik, diri cuma sempat tuntut ilmu sampai darjah 5 1/4 sekolah agama kat Johor tu..(bulan 5 masuk asrama). Sempat belajar bab 1 Muamalat, Jenayat, Munakahat..(tak ingat ape lagi..) Muhasabah balik, betapa selama ni diri bergurukan internet untuk mendapatkan maklumat sesuatu isu dan bab2 kefahaman Islam. Yelah..mudah, cepat dan paling dekat. Jadilah nanti banyak mazhab dan pendapat yang keluar bila sesuatu isu timbul. 'Eh, aku baca kat sini dia cakap macam ni' 'Tak tak..aku baca kat sini dia tulis camni pulak..'

Teringat sewaktu BTN dulu diri 'ter'berkenalan dengan seorang akhi ni. Secara kebetulan sewaktu menunggu ayah datang menjemput. Akhi tersebut memperkenalkan dirinya dulu. Bakal doktor buatan Mesir. Banyak juga bualan sekadar mengisi masa walau sebenarnya tak selesa juga duduk begitu. Dan beberapa bulan lepas, akhi tersebut mengajak diri menjadi sebahagian dari kumpulan agamanya. Awal2 dia bercerita, normal pada telinga. Tapi bila dia sebut 'bayan masturat' dan apa lagi yang aneh pada telinga, rasa ketakutan menerjah. Malam tu diri betul2 keliru. Ya Allah..kuatkan imanku, tetapkan akidahku..akhi tersebut masih bersungguh2 mengajak. Dan diri, atas kesedaran ilmu yang terlalu cetek, menolak jauh2 ajakan tersebut. 'kefahaman yang asas pon diri masih bertatih, tak usahlah nak menduga laut bergelora..'

dan lagi kata Ust. Hasrizal,

"Apabila kita mahu masuk ke rumah, kita tahu yang mana satu pintu depan, yang mana satu pintu belakang."

"Namun ada manusia yang masuk ke rumah ikut bumbung dan bukannya pintu depan. Manusia ini adalah pencuri."

"Ada juga makluk yang masuk rumah tidak ikut pintu atau tingkap, malah ikut lubang bilik air. Namanya katak puru."

Solution? Buat waktu ni kalau ade sebarang kekeliruan timbul, lebih elok bertanyakan ahli ilmuwan Islam yang betul2 faham dan arif sahaja. Dan lebih baik, tuntut ilmu tersebut sendiri sahaja yang mana nak tuntut ilmu tersebut pula, ada tertib. Bukan mudah, 3 4 tahun kehidupan dunia juga perlu didermakan. Dan isu ni tak terkecuali pada ilmu agama sahaja, bahkan apa saja cabang ilmu. Sebut sahaja; kejuruteraan, ekonomi, politik, falsafah. Kalau tidak memahami betul2 struktur dan jentera satu2 organisasi, sistem politik, kefahaman ilmu, isu semasa, atau apa sahajalah, tak perlulah nak jadi terlalu 'judgmental'. Berhujah2 dan membidas2 tanpa ada asas. bahkan kalau ilmu memasak sekalipun. Kalau tak tau nak beza halia dengan lengkuas lagi, tak perlula kot nak berbalah2 siapa betul..hehe..

dan yang paling mudah sebenarnya, dan paling berkesan setiap masa, apabila ketidaktahuan berkenaan sesuatu, geleng kepala dan senyum sahajalah..kita bukan kamus atau manusia serba tahu.



p/s: - Patutlah diri ni tak ketemu2 cahaya abadi, agaknya diri salah masuk pintu=)
- “Siapa percaya internet gila” bak kata Dato’ Seri Najib Tun Razak (well, maybe not all the time la kot..)

1 comments:

Anonymous July 22, 2007 at 5:08 PM  

salaaam

pape pn kesimpulan bagi ambe yg serba dhaif ni, kita sama2 ajak org ke jalan Allah dengan berhikmah setakat kita mampu hehe. memang ujian, cabaran, tohmahan, kutukan dsbnya akan datang, itu adalah liku2nya. Sedangkan nabi kita dikutuk dan dikeji apatah lagi kita yang serba kekurengan.

Dan ajak orang ke jalan ALlah tumpukan kepada ajak orang yang masih tidak kenal Islam, dalam masa yang sama kita muhasabah diri dan nasihat2 dengan baik sesama kita.

Ini apa yang ana lihat sekarang, bukan nak ajak orang kafir kepada Islam dengan baik, tetapi asyik nak tuduh menuduh sesama Islam, berpuak2, benci membenci, aku baik ko tak baik, macam kita je baik, x gitu?? hehe

Kita kata kita berpegang pada AlQuran, tetapi kita tak ikut "berpeganglah kamu dengan tali ALlah, dan jangan kamu bercerai berai". Perselisihan pendapat adalah rahmat dalam Islam, tetapi jangan sampai kita cerai berai putus saudara, bermusuhan sesama lain. Kita bermusuh sesama sedara kita tetapi kita tak sedar musuh2 Islam sedang bertepuk tangan.

Pendek cerita, xble panjang2 sangat ni, kang kena marah kat tuan rumah ni naya ambe hehe. So internet ada ni, sama2 la kita tunjukkan yang Islam ni agama peace, tenang , damai dan jalan yang lurus. Cuba ubah pemikiran orang2 asing yg anggap Islam sbg agama terrorist, suka cari gaduh, kolot, fanatik dsbnya.

Dan dalam masa yang sama, cuba ikhtiar untuk kembalikan pemerintahan Islam, agar hukum Allah kembali tertegak di muka bumi ini, baru tak bergaduh sesama Islam, insyaAllah!!!!!

Wallahu a'lam. Wa ila lliqo' , ma'assalamah

Best regards
:)

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP