Sunday, May 6, 2007

...Puisi indah buat isteri suami...

credits to Kak Banat for the beautiful poem..=)

Mari sayang,
Along ingin bercerita
Mari dekat, pesan Along jangan dilupa
Pegang kemas-kemas, bekalmu di hari muka
Supaya nanti, hidupmu kekal bahagia

Lelaki ini lemahnya wanita
Air matamu asid meluluh jiwa
Senyummu ecstasy memberi tenaga
Cantikmu brandy buat dia lupa segala-galanya

Wahai sayang, dengarlah
Dirimu amanah buat suamimu
Taatilah dia agar dia senang memegangmu
Kasihilah dia agar dia gembira merangkulmu
Dan hormatilah dia agar dia bangga memperisterikanmu

Jasadmu lemah, dialah yang melindungimu
Jiwamu lemah, dialah yang memapahmu
Bengkok dirimu dialah yang memperbetulkan
Kerana itulah amanah yang
disanggupinya dari tuhan

Sayang, peganglah lidahmu sekuat-kuatnya
Kerana lidah itu manifestasi jiwa
Jiwa yang lembut, halus tutur-bicaranya
Sedap didengar, mengusik jiwa raga
Laksana angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa

Pesan suamimu jadi pedoman sentiasa
Nasihatnya dipakai bukan dibuang rata
Permintaannya jangan dihampakan, sayang
Kerana itulah isi hatinya yang berbicara

Sekali suamimu kaukecewakan, sayang
Bergegarlah Arasy
Berhentilah rahmat, terangkatlah berkat
Hati suamimu amanah ke atasmu
Amanah agung yang kauterima dari-Nya
Suci ikatannya, mulia tanggungjawabnya
Tak rugi kau berkorban sebentar
Percayalah janji Allah, percayalah sebenar-benarnya
Di sana dia menunggu kehadiranmu
Dengan wajah yang bercahaya

Buanglah orang lain di hatimu
Jangan hiraukan orang lain di matamu
Hanya suamimu yang kaudambakan
Biarlah orang lain mencela
Tapi dia tetap suamimu yang kaucinta
Tabahlah menghadapinya
Kerana kemanisan takkan datang
Sebelum kaukenal apa itu kepahitan

Itulah sayang, pesan Along buatmu
Sebentar lagi dirimu akan mekar
Kelopak bunga itu akan menjadi gadis
Yang dicari untuk disunting
Diletakkan dalam jambangan
Menghiasi segenap ufuk alam

Jambangan paling indah, sayang
Ialah jambangan orang bertaqwa
Hanya bunga yang cantik
Punya tempat di dalamnya
Hiasilah dirimu dengan kecantikan asli
Yang tiada tolok-bandingnya
Itulah imanmu, dan buahnya
Kautahu apa dia, sayang?
Akhlakmu, yang mulia

Seindah-indah perhiasan di dunia ini, sayang
Ialah wanita yang solehah

--------------------------------------------------------------
Kenapa kita selalu lupa pada-Nya?
Kenapa kita selalu lemah
mempertahankan-Nya?
Kenapa kita tidak mampu menjadi hamba
yang taat pada-Nya?

p/s: Buat ingat-ingatan..One day, InsyaAllah...

0 comments:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP