Friday, January 29, 2010

"Mengapa anda belum bersedia untuk mati.."

Assalamualaikum wrt..

Hari tu masa cuti summer kat Malaysia, diri berkesempatan menghadiri program STC (Summer Training Camp) Malaysia anjuran MISG (Malaysian Islamic Study Group US & Canada) yang dibuat di Kem Rimba Tamu di Batang Kali, Hulu Selangor. Program tu bertujuan mengeratkan ukhuwah antara pelajar yang bakal 'fly' ke US dengan pelajar US yang sudah pun berada di sana dan yang balik bercuti ke Malaysia....

Secara keseluruhan, program tersebut tercapai objektifnya. Walaupun personally, diri berpendapat modul yang digunakan agak tak bertepatan dengan 'intellect level' para perserta.. (dioranglah yang bijak bestari..bukan saye..). Kalau sape2 yang pernah dengar pasal KBM (Keindahan Bersama Mu), modul tulah yang digunakan. Modulnya bagus, sesuai untuk program motivasi sekolah, tapi mungkin tak kena dengan misi visi program ni kot.. wallahu'alam..

Kat sini diri nak kongsi sikit salah satu slot yang dibuat pada malam terakhir program tu.

Malam tu, dalam dewan, kitorang diberi sehelai kain hitam setiap sorang untuk menutup mata. Pastu lampu dipadamkan dan kitorang telah ditarik sorang demi sorang dan didudukkan secara jarak2 dari kawan masing-masing...kesian kat sape2 yang lemah semangat sikit tu..dalam fikiran waktu tu, 'ni mesti nak letak sorang2 kat tengah hutan or tepi sungai ni..omakk takutnyee..'.

Mujurlah sangkaan diri meleset..

Jadinya, nak dipendekkan cerita, malam tu kitorang telah diberi kesedaran mengenai hakikat 'MATI'. Untuk menjaga copyright modul KBM tersebut, diri tak ceritalah secara detail perjalanan slot malam tu. (ada yang kena saman kang..huhu). Secara peribadi, memang terkesanlah kat diri sendiri ni..dengan bunyi bunyian yang menakutkan dan siap bau asap kemenyan (ish, tercerita pulak), terputus kejap hati diri dengan kerisauan, masalah dan beban keduniaan. Waktu tu memang lidah dah basah dengan pelbagai kalimah ilahi je..

Lepas sesi bergelap gelapan dan menutup mata tu, kitorang telah didudukkan di dalam bulatan dan kemudian setiap seorang secara bergilir gilir di dalam bulatan perlu menjawab soalan cepumas yang diberikan...

"Mengapa Anda Belum Bersedia Untuk Mati"??

Saya belum bersedia untuk mati kerana:

"..saya masih belum tunaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa.."

"..saya anak derhaka, degil dengan mak ayah.."

"..saya banyak dosa..solat fardhu pun kadang kadang tak cukup dan tak rasa bersalah pun tertinggal.."

"..tanggungjawab sebagai anak, ibu dan isteri (insyaAllah satu hari nanti), belum disempurnakan.."


...

Adalah antara jawapan yang diberikan.

Jawapan diri pulak:

"Saya belum bersedia untuk mati sebab saya masih rasa takut kepada mati.."


------------------------



Betul, kita tak tahu saat mana, tempat mana, umur berapa nyawa kita akan diragut Malaikat Maut...semuanya dah tercatat di Luh Mahfuz sejak azali..

dan realitinya, kita tengok dan kita sendiri saksikan mcamana orang2 yg kita kenal di sekeliling kita pergi macamtu je tanpa disangka2...

Bila jadi macamtu, timbul kesedaran kat diri...bila2 je Allah boleh tarik nyawa ni..sedang aku solat, sedang aku bermain, sedang aku melagho atau sedang aku membuat maksiat.....na'uzubillahi minzaalik =(

Tapi malangnya kesedaran ni tak lama, bukan? bila dah lama sikit, alpa semula, lalai semula....yaa ayyuhannas..ittaqullah!

Dan pada pendapat diri sendiri, diri tak rasa bersedia untuk mati selagi diri masih rasa takut untuk mati...dan takut mati tu kenapa? sebab takut amalan tak cukup, takut hidup tak diredhai Allah, takut sebab tak sempat minta ampun kat mak ayah...dan destinasi seterusnya cukup jelas untuk orang2 yg semacam ni kan? takut kan kan kan?

Jadinya sebab kita tak tahu pun hari mana waktu bila nyawa ni akan ditarik, tugas kita bermula saat ini adalah untk hilangkan rasa takut utk mati tu dengan cara mengatasi sebab2 datang rasa tkut tu.....let us all be a good Muslim/ah!

This is a friend of a friend, who was diagnosed with blood cancer...



May Allah grant this brother continuous strength in this dunya and happiness in the hereafter...


Semoga kita semua berakhir dengan kesudahan yang baik (husnul khaatimah...). AMEEN!


p/s: mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada kaum keluarga kita yg telah pergi mengadap Allah, sahabat handai dan orang sekeliling kita yang kita kenal...semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..AL FATIHAH!


3 comments:

munamuni January 30, 2010 at 10:36 AM  

takut mati.....

Anonymous February 11, 2010 at 12:07 AM  

I just have been looking at this website and find it to be genuinely handy. I would really value just about any help.

Just lately, Louisville has blossomed as a major heart for the health care and health-related sciences sectors. Louisville has been main to enhancements in heart and hand surgical procedure as well as cancer remedy. Some of the first unnatural cardiovascular system transplants were made in Louisville. Louisville's booming downtown medical research university contains a new $88 thousand rehabilitation heart, and a wellness sciences research and commercialization park which, in alliance with the University of Louisville, has lured nearly 75 prime researchers and analysts. Louisville can be also residence to Humana, one particular of the nation's greatest health insurance cover firms.

Louisville is home to many major firms and firms.

Anonymous February 21, 2010 at 12:40 AM  
This comment has been removed by a blog administrator.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP