Mana ilmu sebelum berhujah??
Assalamualaikum wrt wbt...
Tertarik selepas membaca 2 artikel tulisan Ust. Hasrizal di blognya saifulislam.com ; 'Nasib Nelayan Perahu Kecil' dan 'Mana Pintu Mana Tingkap'
2 artikel yang berkesinambungan. Sewaktu ketemu artikel yang pertama, diri garu kepala beberapa kali..apalah agaknya isu yang cuba diketengahkan ustaz ni..memang tak dinafikan dalam kebanyakan waktu diri berkunjung ke blognya itu dan membaca artikel tulisannya, berkerut2 dahi ni dibuatnya..perkataan yang digunakan kompleks amat bagi diri yang kecetekan ilmu ni..sungguh. Tapi tak diri nafikan juga kedapatan artikel yang mudah diterima akal dan fikiran yang sempit ini..seperti artikel yang kedua. Lebih mudah difahami. Suka baca artikel 'Mana Pintu Mana Tingkap' tu. Kena batang hidung sendiri.
“Gajah ini bentuknya panjang. Macam batang buluh. Tapi lembut sedikit berbanding buluh”, kata si buta yang meraba belalai gajah.
”Eh, kamu biar betul, aku rasa gajah ini bentuknya macam talam. Lebar dan luas”, bantah si buta meraba telinga si gajah.
”Aku yakin gajah tidak begitu. Gajah pada pengamatan aku bentuknya macam kawah nasi. Lebar dan gendut, macam-macam boleh isi”, tegas si buta tiga yang meraba perut gajah berkenaan.
Akhirnya ketiga-tiga orang buta itu terus berbalah sesama mereka kerana mereka cuba menghuraikan tentang rupa gajah berdasarkan bahagian yang diraba, tanpa meraba keseluruhan tubuh badan si gajah malang itu.
dipetik dari artikel kedua..menarik sekali sebagai mukadimah pada pendapat peribadi. Mesej yang cuba diselitkan pun cukup realistik iaitu bagaimana kita mentafsir sesuatu isu berdasarkan info dan picisan2 maklumat yang kedapatan dari sumber2 yang ada disekeliling. The word is 'picisan maklumat' so to speak..Dalam erti kata lain, kebanyakan orang atau diri sendirila yang paling dekat, selalu memberi hujah atau tafsiran terhadap sesuatu 'blankly' tanpa mengkaji atau mendalami ilmu2 berkaitan. Jadilah seperti tin kosong yang bising bunyinya bila diketuk. Hanya suka berhujah tanpa memiliki ilmu yang kecukupan. Apa hukum Islam terhadap orang seperti ini, dan lebih2 lagi diri sendiri??Isunya mudah, dan penyelesaiannya mudah juga (secara cakap2 mulut). Tuntut dan dalamilah ilmu berkaitan sebelum berhujah. Ustaz Hasrizal tulis lagi,
(sigh) Dari aspek ilmu2 Islam. Bila fikir2 balik, diri cuma sempat tuntut ilmu sampai darjah 5 1/4 sekolah agama kat Johor tu..(bulan 5 masuk asrama). Sempat belajar bab 1 Muamalat, Jenayat, Munakahat..(tak ingat ape lagi..) Muhasabah balik, betapa selama ni diri bergurukan internet untuk mendapatkan maklumat sesuatu isu dan bab2 kefahaman Islam. Yelah..mudah, cepat dan paling dekat. Jadilah nanti banyak mazhab dan pendapat yang keluar bila sesuatu isu timbul. 'Eh, aku baca kat sini dia cakap macam ni' 'Tak tak..aku baca kat sini dia tulis camni pulak..'
Teringat sewaktu BTN dulu diri 'ter'berkenalan dengan seorang akhi ni. Secara kebetulan sewaktu menunggu ayah datang menjemput. Akhi tersebut memperkenalkan dirinya dulu. Bakal doktor buatan Mesir. Banyak juga bualan sekadar mengisi masa walau sebenarnya tak selesa juga duduk begitu. Dan beberapa bulan lepas, akhi tersebut mengajak diri menjadi sebahagian dari kumpulan agamanya. Awal2 dia bercerita, normal pada telinga. Tapi bila dia sebut 'bayan masturat' dan apa lagi yang aneh pada telinga, rasa ketakutan menerjah. Malam tu diri betul2 keliru. Ya Allah..kuatkan imanku, tetapkan akidahku..akhi tersebut masih bersungguh2 mengajak. Dan diri, atas kesedaran ilmu yang terlalu cetek, menolak jauh2 ajakan tersebut. 'kefahaman yang asas pon diri masih bertatih, tak usahlah nak menduga laut bergelora..'
dan lagi kata Ust. Hasrizal,
"Namun ada manusia yang masuk ke rumah ikut bumbung dan bukannya pintu depan. Manusia ini adalah pencuri."
Solution? Buat waktu ni kalau ade sebarang kekeliruan timbul, lebih elok bertanyakan ahli ilmuwan Islam yang betul2 faham dan arif sahaja. Dan lebih baik, tuntut ilmu tersebut sendiri sahaja yang mana nak tuntut ilmu tersebut pula, ada tertib. Bukan mudah, 3 4 tahun kehidupan dunia juga perlu didermakan. Dan isu ni tak terkecuali pada ilmu agama sahaja, bahkan apa saja cabang ilmu. Sebut sahaja; kejuruteraan, ekonomi, politik, falsafah. Kalau tidak memahami betul2 struktur dan jentera satu2 organisasi, sistem politik, kefahaman ilmu, isu semasa, atau apa sahajalah, tak perlulah nak jadi terlalu 'judgmental'. Berhujah2 dan membidas2 tanpa ada asas. bahkan kalau ilmu memasak sekalipun. Kalau tak tau nak beza halia dengan lengkuas lagi, tak perlula kot nak berbalah2 siapa betul..hehe..
dan yang paling mudah sebenarnya, dan paling berkesan setiap masa, apabila ketidaktahuan berkenaan sesuatu, geleng kepala dan senyum sahajalah..kita bukan kamus atau manusia serba tahu.
p/s: - Patutlah diri ni tak ketemu2 cahaya abadi, agaknya diri salah masuk pintu=)
- “Siapa percaya internet gila” bak kata Dato’ Seri Najib Tun Razak (well, maybe not all the time la kot..)
