Hari yang produktif!
Alhamdulillah! =)
Hari Sabtu yang lepas ni, diri terasa produktif sikit...dapat buat banyak benda dengan berjayanya..alhamdulillah dengan izin Allah jua diri diberikan kudrat dan kekuatan walaupun hari Jumaat tu, banyak pula dugaan-dugaan yang tak disangka datang...alhamdulillah 'ala kullihaaal!
Malam Jumaat haritu Nik beri email kepada semua orang, InsyaAllah awal pagi dalam jam 5 akan dibuat qiyam untuk kali keduanya, kali ni buat kat Commons pula (building freshmen), yg mana minggu lepasnya dah buat kat Highland Quad...target kami insyaAllah nak buat at least sebulan sekali untuk setiap tempat tersebut, dalam usaha kami nak menaikkan bi'ah solehah (suasana Islamik) kat bumi Vanderbilt ni..semoga usaha kami yang sedikit ni dapat keberkatan dari Allah! =) doakan semuanya dipermudahkan ye...
Well anyways, sambung balik cerita tadi.
Nak jadi cerita, awal pagi dalam pukul 2 hari Sabtu tu, dapat message dari Nazirah, ada request dari orang untuk diri jadi pemberi tazkirah waktu qiyam nanti...Allah..mulanya rasa keberatan dan ketidakadilan juga since minggu lepasnya diri dah beri tazkirah 'bidan terjun'..tambah pula diri sedang down dengan masalah-masalah lain yang menimpa..dan tambah juga dengan tahap kemengantukan yang sedang tinggi, since dah 3 hari berturut2 waktu tidur berterabur2..tapi diri cuba tepis jugak semua perasaan tu jauh-jauh..dalam segala situasi pun, perlu husnuzhonn (berbaik sangka) dengan Allah..sesungguhnya Allah tak pernah turunkan sesuatu kepada hambanya tanpa tujuan. kena sedar yang setiap kesusahan yang turun tu akan ada kesenangannya nanti. dan akhirnya..diri berjaya meng'convince'kan diri sendiri dan anggap dengan memberi tazkirah tu, dapat beri tazkirah untuk diri ni jugak...
Dalam tengah mencari-cari artikel yang best untuk tazkirah lepas qiyam nanti, terjumpa artikel ni:
Sejak akhir-akhir ini, seorang teman rapat pernah mengadu kepada saya, mengapa dirinya tidak habis-habis ditimpa musibah dan masalah yang cukup berat didalam kehidupan beliau.
Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.
Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fajr
"Oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku! (15) Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku! (16) Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Dia berhak menerimanya); (17)"
kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.
Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.
Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza. Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis,
Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?
Jawab baginda, Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.
(Riwayat Tirmizi)
ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi
Allah. Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau marah-marah pada Allah, insyaAllah ganjarannya di syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak!
Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang. Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran. Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi
Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan,
kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita.
Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.
Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da Wad Dawaa, Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.
Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,
Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.
sabda Rasulullah saw dibawah. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.
Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.
Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?
Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.
PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu..
Pagi tu, dalam jam 4.50a baru diri terbangun. dengan mata yang bengkak dan kepala yang kesakitan, gagahkan diri jugak pergi ke Commons dengan berkereta. nasib baik tak keseorangan..Oya jadi peneman setia menempuh kebekuan pagi tu =). Nak pendek cerita, tak ramai pula akak-akak yang datang pagi tu, freshmen, alhamdulillah ramai! So....dengan tidak semena-mena nya, diri terpaksa jadi imaamah untuk qiyam pagi tu..erk, tak pernah jadi imaam qiyam. tapi buat ajelah. tazkiyyah ni...
Alhamdulillah all's well end's well...=) semuanya berjalan lancar dan terharulah dengan semangat adik2 frehmen ni. Sayanglah korang! ..hehe
Agenda seterusnya untuk pagi tu, usrah Qiyadah MISG bersama Akh Fazrul pada jam 10 pagi, Usrah Azni & Zed bersama-sama anak usrah kami jam 1 tengaharinya nanti. InsyaAllah nanti diri detailkan lagi pada post yang seterusnya...dah lambat nak bersiap g kelas pagi ni.