Baru-baru ni Pesta Buku Antarabangsa 2009 berlangsung di KL. Sejujurnya, diri tak pernah pun berpeluang pergi..bukan orang KL..tapi kali ni, untung ada Senior yang baik hati bertanya kalau ada apa-apa karya yang mahu dikirim dari situ. Orang tuanya di Malaysia kebetulan akan pergi ke event tersebut dan akan datang ke US untuk graduation day Senior yang baik hati tu...Maka dengan itu bolehlah diri mengirim sebiji dua buku..=)
Jadinya, setelah selidik-selidik,
Buku-buku yang dikirim:
dan
menjadi pilihan hati..
Diri memang suka karya Faisal Tehrani. Walaupun mungkin ada suara-suara enak dan sumbang yang akan mengatakan diri terlalu sastera, tradisional, bunga-bungi dan sebagainya, biarkan... banyak yang boleh dipelajari dari novel Faisal Tehrani ni. Kalau ada sesiapa yang pernah baca dan suka, akan perasan yang karya-karya Faisal Tehrani sangat sarat dengan mesej kehidupan, sejarah, malah isu semasa, yang diilustrasikan dalam pelbagai cara : novel, cerpen, drama dan sebagainya. Faisal Tehrani memang bijak menggarap idea yang dicanai mindanya dalam susunan bahasa yang kreatif, dan konsep yang pelbagai dan menarik. Walaupun kadang-kadang ada jugak yang sukar difahami..hehe.
Sebenarnya kalau orang mahu membaca buku dengan mata hati dan bukan mata zahir sahaja, segala isi buku tanpa mengira apa genre pun akan meresap ke jiwa. Bukan sahaja buku, malah movie, watak manusia, kejadian alam, ujian dan malapetaka yang menimpa diri sendiri dan lain-lain.. sungguh, kalau manusia 'membaca' setiap perkara dengan mata hati, nescaya takkan timbul konflik dan segala macam penyakit hati di dunia ni. Kenapa? Sebab setiap perkara tu ada baiknya, walau sekelumit cuma. Sesungguhnya setiap perkara tu Allah jadikan ada hikmah dan pengajaran yang boleh kita pelajari. Cuma sedar tak sedar, mahu tak mahu je..Yang baik dijadikan teladan, yang jahat jadikanlah sempadan.
Jadinya..bacalah segala macam jenis buku, tontonlah segala macam jenis movie, berkawanlah dengan segala macam jenis orang, tapi dengan syarat: iman dan hati kenalah ditetapkan, batasan syarak harus dijaga. Jadilah macam ikan dalam air laut yang masin, yang tak berubah menjadi masin. Jangan jadi lalang yang ringan ditiup angin, condong saja mengikut arah tiupan angin.
Sekian =)
p/s: baru-baru ni senior tu bagitahu, buku-buku tersebut dah dibeli maknya, siap ada autograf asli dari Faisal Tehrani =) Alhamdulillah...Seronoknya!
Hari Sabtu yang lepas ni, diri terasa produktif sikit...dapat buat banyak benda dengan berjayanya..alhamdulillah dengan izin Allah jua diri diberikan kudrat dan kekuatan walaupun hari Jumaat tu, banyak pula dugaan-dugaan yang tak disangka datang...alhamdulillah 'ala kullihaaal!
Malam Jumaat haritu Nik beri email kepada semua orang, InsyaAllah awal pagi dalam jam 5 akan dibuat qiyam untuk kali keduanya, kali ni buat kat Commons pula (building freshmen), yg mana minggu lepasnya dah buat kat Highland Quad...target kami insyaAllah nak buat at least sebulan sekali untuk setiap tempat tersebut, dalam usaha kami nak menaikkan bi'ah solehah (suasana Islamik) kat bumi Vanderbilt ni..semoga usaha kami yang sedikit ni dapat keberkatan dari Allah! =) doakan semuanya dipermudahkan ye...
Well anyways, sambung balik cerita tadi.
Nak jadi cerita, awal pagi dalam pukul 2 hari Sabtu tu, dapat message dari Nazirah, ada request dari orang untuk diri jadi pemberi tazkirah waktu qiyam nanti...Allah..mulanya rasa keberatan dan ketidakadilan juga since minggu lepasnya diri dah beri tazkirah 'bidan terjun'..tambah pula diri sedang down dengan masalah-masalah lain yang menimpa..dan tambah juga dengan tahap kemengantukan yang sedang tinggi, since dah 3 hari berturut2 waktu tidur berterabur2..tapi diri cuba tepis jugak semua perasaan tu jauh-jauh..dalam segala situasi pun, perlu husnuzhonn (berbaik sangka) dengan Allah..sesungguhnya Allah tak pernah turunkan sesuatu kepada hambanya tanpa tujuan. kena sedar yang setiap kesusahan yang turun tu akan ada kesenangannya nanti. dan akhirnya..diri berjaya meng'convince'kan diri sendiri dan anggap dengan memberi tazkirah tu, dapat beri tazkirah untuk diri ni jugak...
Dalam tengah mencari-cari artikel yang best untuk tazkirah lepas qiyam nanti, terjumpa artikel ni:
Sejak akhir-akhir ini, seorang teman rapat pernah mengadu kepada saya, mengapa dirinya tidak habis-habis ditimpa musibah dan masalah yang cukup berat didalam kehidupan beliau.
Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.
Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fajr
"Oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku! (15) Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku! (16) Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Dia berhak menerimanya); (17)"
kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.
Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.
Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza. Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis,
Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?
Jawab baginda, Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.
(Riwayat Tirmizi)
ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi
Allah.Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluangkepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau marah-marah pada Allah, insyaAllah ganjarannya di syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita keranahendak menyelamatkan kita di akhirat kelak!
Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang. Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran. Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi
Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengandidatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan,
kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita.
Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.
Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da Wad Dawaa, Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.
Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,
Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.
sabda Rasulullah saw dibawah. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.
Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepadahamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat,kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.
Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?
Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.
PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu..
Nah, kena kat batang hidung sendiri! =). Diri decide nak guna artikel ni je untuk tazkirah nanti.
Pagi tu, dalam jam 4.50a baru diri terbangun. dengan mata yang bengkak dan kepala yang kesakitan, gagahkan diri jugak pergi ke Commons dengan berkereta. nasib baik tak keseorangan..Oya jadi peneman setia menempuh kebekuan pagi tu =). Nak pendek cerita, tak ramai pula akak-akak yang datang pagi tu, freshmen, alhamdulillah ramai! So....dengan tidak semena-mena nya, diri terpaksa jadi imaamah untuk qiyam pagi tu..erk, tak pernah jadi imaam qiyam. tapi buat ajelah. tazkiyyah ni...
Alhamdulillah all's well end's well...=) semuanya berjalan lancar dan terharulah dengan semangat adik2 frehmen ni. Sayanglah korang! ..hehe
Agenda seterusnya untuk pagi tu, usrah Qiyadah MISG bersama Akh Fazrul pada jam 10 pagi, Usrah Azni & Zed bersama-sama anak usrah kami jam 1 tengaharinya nanti. InsyaAllah nanti diri detailkan lagi pada post yang seterusnya...dah lambat nak bersiap g kelas pagi ni.
…Setiap sesuatu menjadi petanda, menunjukkan bahawa Dialah yng Maha Esa Talkin yng menggerunkan
Jan 23rd, 2007 by nurjeehan
Maksud talkin yng selalu dibaca untuk orang Islam yng meninggal dunia. Semasa membaca, sebut-sebutlah nama sendiri, kalau tidak terasa takut sama-samalah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yng mudah setelah membaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yang kita lakukan selama hidup di dunia yng akan menjadi penyelamat, Insyaallah.
Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum Manakala kita sekalian akan kembalai menghadap hadrat Allah Taala
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu Iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut Janganlah kamu berduka cita dan risau Serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA Bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala Apabila mereka menyuruh kamu duduk, Mereka juga akan menyoal kamu Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul Janganlah berasa gementar, janganlah cuak Dan janganlah bergopoh-gapah Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam agamaku, Kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, Malahan solah lima waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku, Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku, Bahkan dari masa hidup hingga aku mati Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu Inilah dia suatu dugaan yang paling besar Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh Sehingga sampai satu masa kelak. Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, Bahawasanya mati ini adalah benar Soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar MInum di kolam air Nabi adalah benar Ada syurga dan neraka adalah benar Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah Dan selamat tinggal kamu di sisi Allah Taala Semoga Tuhan akan member sejahtera kepada kamu Tuhan jua yang menetapkan hati kamu Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala Menjinakkan hati kamu yang liar Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini Mudah-mudahan Tuhan akan member keampunan Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izzati amma ya sifun wassalum alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “ Kullu nafsin za iqatul maut”. Firman Allah SWT, “ Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr
Islam, Key to Peace and Happiness (33rd ICNA-MAS Convention 2008 @ Hartford, Connecticut) - Day 1st (Friday, July 4, 2008)
Peace & Happiness: Two Sides of The Same Coin
The first day of the convention started off with main session; Peace & Happiness: Two Sides of The Same Coin. The speaker spoke about what Islam offers to this chaotic world; as a system to eliminate racism issue where real example occurred in Southern India (1981), hundreds of thousands people there embraced Islam in order to expel the caste system existed. In other words, Islam is the global solution and a perfected system of life which bring unity in the society as well as peace and harmony in lives. The speaker, Dr. Muhammad Yunus also mentioned that, Islam means submission to Allah's will, where if one is able to commit it, he/she is entering in Islam completely. Submission also means to believe in Allah and Allah alone, verily, everything comes from Him and will return back to Him, and thus this leads to the status of a submitted believer in which; there's always good for him/her in everything, if it's truly good, he's/she's grateful to Allah, but if comes toil and hardship, he's/she's patient and submissive. A submitted believer, said Dr. Muhammad Yunus, will be in peace with Allah, with him/herself, with person around him/her. He/she will only emanates goodness, and when die, everyone will shed tears, even the earth he/she walked on shed tears for the loss.
As recorded in Al-Quran [Ar Ra'd:15] "And to Allah prostrates whoever is within the heavens and the earth, willingly or by compulsion, and their shadows [as well] in the mornings and the afternoons."
Humans are given choice in life which is to choose between right and wrong, hence Allah tests us in many situation to see our judgment. Many of us choose the easier path; living to fulfill lust and unending desire, many too choose to fully submit to Allah, in quest for true happy and happiness in this worldly life and of course the hereafter. One could rose the question: What is true happiness? And the answer lies in the quality of the soul, where it depends ultimately on the degree of development attained by the soul. There will of course no peace and happiness for materialistic mind and heart.
As recorded in Al-Quran [Fajr:28-30] Return to your Lord, well-pleased and pleasing [to Him], And enter among My [righteous] servants, And enter My Paradise." [8:28] "And know that your properties and your children are but a trial and that Allah has with Him a great reward."
From this we know that, the way to peace and happiness is through Ibadah to Allah and Allah alone..
[61:10-14] "O you who have believed, shall I guide you to a transaction that will save you from a painful punishment?; [It is that] you believe in Allah and His Messenger and strive in the cause of Allah with your wealth and your lives. That is best for you, if you should know., He will forgive for you your sins and admit you to gardens beneath which rivers flow and pleasant dwellings in gardens of perpetual residence. That is the great attainment., And [you will obtain] another [favor] that you love - victory from Allah and an imminent conquest; and give good tidings to the believers."
Dawah Series; To Educate or To Evangelize
In this session, Sh. Yusuf Estes had talked about the objectives and measures of success in dawah. He initiated his speech by provoking people who give Islam such hard time. He debated that, even though Islam is attacked violently in many ways nowadays, there are still many who embrace Islam, accepting it as a way of life. This make Islam, instead of being diminished and despite setbacks, it comes up roses in the long run. In his speech also, he divided Muslim as a dai'e in three categories. Muslims with information, Muslims with knowledge, and Muslims with wisdom (hikmah). The first Muslim has only information on something that he himself is not doing anything to benefit from it. The next category of Muslim is one who has knowledge thus the ability to do something with it and the last and the best Muslim is he who has the wisdom (hikmah) in dawah and benefit from it and to others as the famous prayer goes "O Allah, grant me patience to bear the things I cannot change, courage to change the things I can, and grant me wisdom to know the difference." The Sheikh also gave an analogy to stress the importance of knowledge in Islam and dawah; just like driving a car, one has to know the rules really well and the consequences of every action he had taken, which can lead to injury and even death. Every knowledge from Al-Quran and hadith have to be understood with knowledge and proper knowledge should come from real scholars, not just books and 'googling'. We should not 'shop' for fatwa, said Sh. Yusuf Estes, by trying to find the best fatwa which fits our desire and needs.
Another speaker who talked in this session and I found very intriguing was Chaplain Yusuf Yee. He is an ex-military who served in Guantanamo Bay in 2003. He was arrested on September 10, 2003, in Jacksonville, Florida, when a U.S. Customs agent found a list of Guantanamo detainees and interrogators among his belongings. He was charged with five offenses: sedition, aiding the enemy, spying, espionage, and failure to obey a general order. These charges were later reduced to mishandling classified information in addition to some minor charges (source: Wikipedia). He was once being held as prisoner for some time, and was treated Guantanamo-prisoner like. Being the first Muslim Chaplain (Imam) in Guantanamo Bay, he had seen prisoner being tortured physically and mentally, by using religion as weapon. He saw Al-Quran being torn, kicked and urinated and a Muslim prisoner who was told to prostrate in a circle where a satanic-symbol was drawn. He left the US military with an honorable discharge in January. He is active in giving speech about his experience to the public, Muslims and especially non-Muslim ever since and he even wrote a book called 'For God and Country: Faith and Patriotism Under Fire' to spread the word even further. In this session he said, whenever one is in contact with non-Muslims, there's always opportunity for dawah, and so technically, every Muslim has the opportunity to spread the word to people around them, in any way.
The Happiness Solution: Finding Joy & Purpose
Sh. Abdool Rahman Khan said in his speech, happiness is always misjudged with illusion and success. Whereas, no sufficient success in this world can make us happy. Happiness, should be something ongoing and permanent whereas there is none in this world that is such, in which everything declines when it reached perfectness. Thus, the one and only answer is paradise, as the ultimate happiness. We have to always be in state of preparation for this destination where we should seek not freedom FROM Allah, but freedom FOR Allah. A wise person will always watch his desire while a dumb person always wish his desire can be fulfilled. The Sheikh said, filthy rich people are more filthy than rich, like the story of Qarun, and he was definitely not happy.
Sh. Yassir Qadhi's speech really touched my heart as I've never meet such a good speaker like him. Alas, I didn't get much from him because I felt so drowsy and tired that time of the day, which I really really really hope I won't but I did..=(. Well, in my scribbly note, Sh. Yassir Qadhi spoke about the nature of a human, which was created from 2 combined elements; clay and spirit. The soul needs food like the body, in which worldly materials pleasure the body, whereas anything that has to do with Allah feeds the roh. Our ultimate goal in this world is for the roh to live forever in jannah, and our aim is to pleasure Allah only.
Nilai tudung: hanya sehelai kain, yang penting apa yang tersirat di sebaliknya...
(penulis asal: tidak diketahui..credits to him/her anyway)
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.
Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"
Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke 0rang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakana ajaib kerana dia berubah seratus peratus!
Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.
Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini… Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini:
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari
"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"
Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati
Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik
Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?
Isteri jiranku : Nnnisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..
Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami
Annisa : apakah hakikat tudung ?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung
Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' > hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.
Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung. . . . Allah SWT .
Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"
Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin
Ayat Al-Quran yang menghuraikan tentang keburukan dunia atau yang sehubungan dengannya amat banyak. Sebahagian besar ayat Al-Quran itu menyatakan pelbagai masalah yang bersangkutan dengan keduniaan iaitu keburukan dunia yang telah memalingkan perhatian makhluk daripadanya serta mengajak mereka untuk lebih memerhatikan soal akhirat. Malahan perkara-perkara sedemikian itulah yang merupakan tugas dan tujuan dakwah yang dibawa oleh para Nabi AS. Mereka semua itu tidaklah diutus oleh Allah SWT melainkan untuk maksud tersebut di atas. Oleh sebab itu rasanya tidak perlu lagi di sini dikemukakan ayat Al-Quran tadi, sebab sudah jelas sekali. Cuma ada baiknya sekiranya di sini dicantumkan hadith-hadith yang bersangkutan dengan soal-soal keduniaan itu.
Pada satu ketika, Rasulullah SAW berjalan melalui seekor kibas yang telah mati, lalu Baginda SAW berkata (dalam hadis yang bemaksud):
"Bagaimanakah pendapatmu semua mengenai kibas ini. Adakah ia hina (tidak berharga sama sekali) bagi pemiliknya? Para sahabat menjawab:"Benar dan kerana tidak berharga lalu mereka buangkan saja." Baginda SAW bersabda lagi: Demi zat yang jiwaku ada di dalam kekuasaanNya, bahawa dunia ini lebih hina di sisi Allah dari kibas yang mati ini bagi pemiliknya. Andaikata dunia ini disisi Allah dianggap menyamai harga selembar sayap seekor nyamuk, tidaklah ia akan memberi minum kepadda seorang kafir seteguk pun daripadanya" (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Hakim)
Baginda SAW bersabada pula (dalam hadis yang bermaksud):
"Mencintai dunia adalah pokok dari segala kesalahan." (Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunya dan Baihaqi)
Ada pula sabda Rasulullah SAW yang berbunyi (dalam hadis yang bermaksud):
"Sesungguhnya dunia ini adalah manis dan hijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu semua sebagai khalifah (penghuni) di situ, maka akan diperiksa bagaimana kamu semua beramal" (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ibnu Majah)
a) Keburukan Dunia
Ketahuilah bahawa sekadar mengetahui keburukan dunia itu belum dianggap cukup selagi belum diketahui dunia manakah yang dianggap bahaya, apakah dunia itu, atau apakah yang seharusnya dijauhi dari keduniaan tadi, dan yang mana pula tidak perlu dijauhi. Oleh sebab itu, perlu dibentangkan secara ringkas tentang keburukan dunia yang perlu diajuhi, kerana benar-benar merupakan musuh yang memutuskan jalan untuk menemui Allah SWT. Inilah yang perlu dimaklumkan dan dihuraikan. Dunia dan akhirat diibaratkan sebagai dua keadaan yang dekat atau yang sekarang ini disebut dunia yakni segala sesuatu yang dialami sebelum kematian, sedangkan yang belakang atau yang sesudah itu disebut akhirat iaitu segala sesuatu yang akan dialami setelah kematian. Maka dari itu, segala yang menjadi milikmu, yang mana dalamnya ada bahagian, nasib, tujuan, syahwat dan kelazatan pada waktu sekarang sebelum mati adalah dunia yang menjadi hakmu. Tetapi tidak semua yang dimiliki itu, yang ada bahagian dan nasibmu di dalamnya merupakan keburukan. Perkara ini bukan sedemikian, sebaliknya dalam perkara ini ada 3 bahagian yang penting:
1) Milik yang akan mengiringi hingga ke akhirat nanti dan tetap dapat dipetik hasilnya setelah kematian nanti. Ini adalah yang berupa ilmu pengetahuan yang bermanfaat serta amal soleh.
2) Milik yang merupakan sebaliknya dari yang pertama; yakni segala sesuatu yang menjadi lawannya yang jauh yakni bahagian yang kontang dan sama sekali tidak akan menghasilkan sesuatu untuk kepentingan akhirat kelak, misalnya bersenang-senang dalam perbuatan maksiat atau berseronok dengan kenikmatan yang melampaui batas yang diperlukan dan akhirnya dapat dikategorikan sebagai berlebih-lebihan dalam mengejar kesenangan lahiriah. Oleh sebab itu segala yang dilakukan seseorang dalam bahagian kedua ini adalah merupakan keduniaan yang amat buruk.
3) Milik yang merupakan pertengahan antara dua keadaan di atas yakni segala bahagian yang kontang, yang ditentukan untuk amalan akhirat, tetapi mahu tidak mahu harus dilaksanakan demi mendatangkan kebahagiaan manusia itu sendiri, misalnya agar tenang kehidupannya serta tetap kesihatannya dan kedua perkara ini akan digunakan untuk menuju kepada ilmu pengetahuan dan amal soleh.
Contohnya ialah makan minum, berpakaian, berubat dan lain-lain. Semua yang dikerjakan dalam keadaan sebagaimana di atas itu tidak termasuk dalam perkara keduniaan. Tetapi masih tergolong sebagaimana bahagian pertama di atas, sebab ia merupakan perantaraan untuk melaksanakan bahagian yang pertama.
Maka, dari segala sesuatu yang dilakukan atau diperolehi seseorang dengan tujuan untuk dijadikan sebagai perantaraan atau bantuan untuk mencapai ilmu pengetahuan yang bermanfaat serta melaksanakan amalan yang soleh, tidaklah bererti bahawa ia melakukannya untuk keduniaan. Orang tersebut tidak lagi dianggap pencari keduniaan, sebab baginya keduniaan itu adalah sebagai ladang untuk tanaman di akhirat.
Tetapi sebaliknya apabila ada orang yang mengerjakan atau memperolehinya dengan tujuan memuaskan nafsunya sahaja tanpa ada maksud menjadikannya perantaraan untuk menuju akhirat, maka jelaslah bahawa ia adalah semata-mata pencari keduniaan. Ini kerana, bagi orang-orang tersebut dunia tiada hubungan terus dengan akhirat. Agaknya memang ia tidak memerlukan kebahagiaan di akhirat itu dan inilah yang lazimnya dikatakan sebagai hawa nafsu dan syahwat. Dalam perkara ini Allah SWT berfirman:
"Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurga itulah tempatnya." (An-Nazi'at: 40-41)
Hawa nafsu terbahagi kepada lima sebagaimana yang dihimpunkan oleh Allah SWT dalam firmanNya:
"Ketahuilah bahawa kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah hiburan serta perhiasan juga bermegah-megah di antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak."
(Al-Hadid: 20)
Tentang perkara-perkara yang digunakan sebagai perwujudan dari lima jenis hawa nafsu di atas itu ada tujuh jenis dan juga dihimpun oleh Allah SWT dalam firmanNya:
"Dihiasi manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan dan anak pinak, harta benda yang banyak, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang terlatih, binatang-binatang ternak serta kebun tanaman. Semuanya itu untuk kesenangan hidup di dunia." (Ali Imran: 14)
Ringkasnya ialah segala sesuatu yang dilakukan untuk menuju jalan Allah SWT bukanlah semata-mata keduniaan, sebaliknya segala sesuatu yang tidak ditujukan ke jalan Allah SWT itulah yang dikatakan keduniaan.
dipetik daripada: (Perkara 22) Keburukan Dunia, Intipati Ihya' Ulumuddin Pengajaran Bagi Orang-orang Mukmin oleh Imam Al-Ghazali
Assalamualaikum wrt. wbt. Wah! Berbulan-bulan diri xupdate blog..Aasifah2, memang betullah kalam-kalam orang berpengalaman, nak start memang mudah, tapi nak istiqamah memang cukup susah. Pagi ini, tanggal 9 Mei 2008, hari Ahad, Malaysia, dengan ditemani lagu nasyid Arab yang tengah berkumandang di corong radio IKIM.fm yang cukup lama diri xdengar, dan dengan lafaz bismillah, diri mulakan semula isi blog yang dah lama tergantung ni..huhu. Moga Allah beri kemudahan..
Hari ini, diri tertarik nak cetus satu isu yang dah lama jadi dilema dalam diri ni, dapat ilham dari satu forum yang bertopik, "Mulakan dengan diriku.." dari blog Bahan Tarbiyah.
Sewaktu kecil dulu, seingat diri, ayahlah orang pertama yang akan bangun tepat jam 6 pagi dan mengejut kakak, abang dan diri sendiri untuk bersiap ke sekolah. Ayahlah yang akan menjerang air panas, membuatkan air susu campur nestum untuk kami dan menghantar kami ke sekolah. Besar sikit, bila diri menginjakkan diri ke asrama, setiap pagi, bergemalah satu ASPURI dengan suara merdu warden mengejutkan pelajar bangun Subuh dan pergi ke surau. Lepas solat subuh, ke Dewan Makan utk sarapan, kemudiannya ke sekolah, prep petang, riadah, prep malam, minum malam, tidur dan seterusnyalah selama 5 tahun diri hidup di asrama tersebut. Segala-galanya diatur mengikut timing. Waktu tu hanya tahu ikut sajalah peraturan, tapi sekarang bila difikir2 semula, terasa macam ROBOT pula.
Bila Allah takdirkan rezeki diri di bumi USA, belajarlah diri erti berdikari yang sebenarmya. Jauh dari keluarga, rumah dan sahabat handai yang sebenar2nya jauh..huhu. Kalau dulu, selalunya bukan diri orang pertama ke surau untuk Subuh berjemaah, tapi kini, perlu dengan inisiatif sendiri untuk bangun subuh dan menggerakkan roomate yang lain (itupun kerap tewas..huhu), perlu usaha sendiri untuk mencari tempat solat di bawah tangga, tempat2 tersorok sedikit untuk solat di Featheringhill Hall dan stesyen2 minyak jikalau bermusafir.
Dari aspek Dakwah dan Tarbiyah, tak dinafi diri masih terlalu bergantung pada kakak2 senior yang masih menapak di Vandy. Jika diajak ke Muktamar MISG-IMSA ke, Tamrin ke, majlis2 ilmu seperti AlMaghrib, Usrah2 kecil bersama orang tempatan ke dan sebagainya, barulah tergerak nak pergi (itupun acapkali juga terpaksa menolak sebab sibuk..Aasifah Kak Ena, Kak Raihan!=(..Kadang2 terasa juga diri ni seperti dysfunctioning, futur sentiasa dan tak istiqamah, terlalu lali menjadi pengikut sejak dari dulu, sehingga xmampu nak bergerak dengan inisiatif sendiri. Wallah, diri rimas dengan situasi diri sekarang!
Diri pinjam ayat dari forum "Mulakan dengan diriku.." -"Pagi tadi entah macamana tiba2 saya menjadi orang yang pertama. dan baru lah saya terfikir. kalaulah selama ni saya asyik menjadi orang yang mengikut. hanya mahu bergerak bila tgk orang lain bergerak. maka apa yang akan terjadi bila satu hari saya dicampakkan ke suatu kawasan yang tiada orang lain yang memulakannya, dan secara automatisnya saya tiada tempat untuk mengikut, dan seterusnya tidak dapat tidak harus memulakannya (agak berbelit tapi saya yakin anda memahaminya).Persoalannya mampukah saya memulakannya jika keadaan sekarang berterusan begini (tidak memulakan sesuatu) ??"-
Ya, jika keadaan begini berterusan sehingga akan datang, macamana diri nak jadi pemimpin kepada orang yang akan diri pimpin, adik2 usrah, bakal2 pekerja, dan insyaAllah anak-anak diri suatu hari nanti, komuniti masyarakat, negara dan yang paling penting agama Islam?
Diri yakin ramai lagi yang berdilema sebegini. Diri petik lagi - "Saya contohnya, sewaktu ingin bangun dari tidur. Kebiasaannya saya akan bermonolog.Malas rasanya untuk bangun,berat untuk tolak quilt ke tepi dan mengharung kesejukan ke bilik air. Lalu saya akan tanya diri saya "Perlukah saya bangun?". Saya akan mendengar 2 jawapan, satu "perlu!", dan satu lagi "10 min je lagi". To be fair saya akan consider kedua2 jawapan, tapi akhirnya saya akan sampai pada satu kesimpulan..macammana sekalipun, saya akan perlu bangun juga..macammana sekalipun saya akan terpaksa tolak quilt ke tepi, mengharung kesejukan ke bilik air dan membasuh muka dengan air sejuk (well, suam). Its just now or after 10 min (or mungkin boleh terlajak ke 20, 30 min). Jadi baik saya bangun sekarang sebab at least sempat juga 2 rakaat tahajjud before subuh. Monolog sebegini selalunya membantu saya untuk bangun dari tidur"-
Kesimpulannya, we have to start somewhere, biasanya kita akan menunggu waktu yang appropriate untuk berubah, menunggu sesuatu untuk berlaku yang memberi kesedaran dan kononnya membuka pintu hati kita untuk kita berubah seterusnya berbuat kebaikan. Kita menunggu waktu tapi sebenarnya, macamana sekalipun, kita akan perlu juga menempuh waktu2 tersebut, kenapa tidak kita mulakan saja sekarang dan sempat melakukan sebanyak mungkin kebajikan dan kebaikan di bumi Allah ini. Kerana sejauh manakah kita tahu sesempat mana kita hendak berubah sebelum nyawa ditarik, selama mana Allah SWT mengizinkan kita menghirup udara milikNya di muka bumi milikNya ini? Begitulah hebatnya pengetahuan Allah, dirahsiakan ajal kita supaya kita sentiasa berusaha mengejar kebaikan tak megira masa dan menunggu masa untuk menanti sesuatu yang merangasang kita untuk berubah. Berubahlah! Berubahlah, Azni!
p/s: Analoginya kini memang apply la dengan situasi blog ni: diri ni sebenarnya seorang yang agak perfectionist sekali. Most of the time, diri nak ilmu yang betul2 sempurna, menarik dan berisi untuk dikongsi dalam blog ni (menunggu sesuatu untuk mencetus perubahan), barulah diri terfikir nak update (melakukan perubahan), malangnya perfectionist yg terlampau tu sehingga berhabuk blog ni xberupdate..huhu. Apa2 pun diri akan cuba lebih istiqamah selepas ini, InsyaAllah...