2 sen pertama di Malaysia..
Assalamualaikum wrt...
Alhamdulillah..selamat jejak kaki di tanah airku tercinta..dah seminggu lebih jugakla duduk kat rumah ni...tak buat apa sangat pun..menghabiskan beras rumah je..=p sindrom orang lepas grad baru balik ni..huhu
Rimas jugak idle macamni..kalau di US memang tak senang duduk diam..mesti nak ke sana kemari..ada je la aktiviti yang boleh dibuat...oh oh..I think I'm addicted to stress! =p kat mesia ni susah sikit nak bergerak..nak drive jauh mak ayah tak bagi..duit pun kena mintak dari dompet mak ayah, xde pendapatan sendiri macam dulu...alhamdulillah 'ala kulli haal...di mana anda dicampakkan, itulah yang terbaik Allah telah takdirkan untuk anda kan...oh well, bila lagi nak lepak2 dengan mak ayah macam ni..nanti dah sambung study, dah kerja, kahwin, ada anak, tercari2 pulak waktu untuk idle...
Anyways, menjengah2 jugak website dan artikel menarik untuk dibaca pepagi buta ni..mengisi masa terluang. menarik juga artikel terbaru Ust. Hasrizal di blognya Saifulislam.com Yang Remeh Bukan Temeh: Mulus Berbahasa.
Teringat pulak haritu haritu masa dalam kapal terbang perjalanan dari US ke Malaysia selama 14 jam, tiba2 terlintas di fikiran: kadang2 orang Malaysia ni terlalu tumpu pada detail2 dan ritual yang kurang penting dan mendatangkan pembaziran. kenapa saya cakap macamtu? ni hasil pengamatan saya selama 18 tahun hidup di Malaysia dan 4 tahun hidup di negara orang.. – di Malaysia, kalau majlis rasmi sambut VIP nak kena ada paluan kompang, bunga manggar, ucapan bergilir yang berjinggut orang mendengarnya. sambut VIP kalah raja! kalau sambutan raya pulak kena ada kuih raya berbalang2, kuihnya pulak aduhai bukan main detail nak buat. tu belum cerita majlis kahwinnya lagi. dan banyak lagilah...
Ni semua gara2 tengok panduan keselamatan flight MAS yang panjang berjela2 macam movie masa dalam kapal terbang haritu, padahal boleh diringkaskan point to point, lagi orang senang faham dan tak lost their attention. 30 minit sebelum sampai mendarat pula, penumpang disajikan dengan panduan berada di KLIA, again, panjang macam movie, dan banyak pula lagu2 yang promote malaysia yang serba cantik dan indah belaka..lagu pun panjang berjela! =p
Tahun lepas saya ada buat short intern di sebuah university di Malaysia waktu cuti summer. ramai prof yang pesan jangan buat master or phd di malaysia, banyak sangat politiknya satu hal. satu hal lagi sebab lambat! diorang sendiri cakap budaya kerja kat malaysia ni lembab sikit. (sangat kot =p) ! banyak sangat cuti, kenduri kahwin, prosuder2 yang melecehkan. master setahun setengah boleh jadi 3-4 tahun!
rasanya kawan2 pun boleh bagi contoh lain yang lebih konkrit dan kritikal kan..
So, I came to the conclusion that, budaya orang kita memang halus dan indah sangat, tapi kadang2 terlalu tumpu pada benda2 yang remeh dan leceh. pandangan saya, kalau orang2 kita keep it short and simple pada tempat yang sepatutnya, banyak benda boleh kita save – masa, wang, tenaga, produktiviti dan sebagainya...
Lagi, saya rasa orang kita perlu tumpu pada akar umbi sesuatu perkara, instead of busy nak mencantikkan bunga2 luaran.. cantik luar tapi akar cacat buat apa kan. haaa deep meaning ni..=p
mungkin ramai juga yang marah dengan statement saya ni..saya ni bukanlah dah lupa akar umbi, anti negara sendiri lepas belajar di luar negeri. dokaih! malahan kalau ada kawan2 yang dok kutuk mesia dan rasa oversea la bagus segala aspek, sayalah orang pertama yang tukang beta =p. sekali sekala kritik perlu juga..
ok lepas ni kena fikir apa saya boleh buat untuk baiki ini???
wallahualam..2 sen pertama saya di Malaysia...
3 comments:
ehem ye la ye la smbung la master tu kat obersea.
jiha cam x puas hati je. awak tanak sambung kerr? ke nak kawen kah3.
The information you are providing is really good. Thank you for making and spending your precious time on this useful information. Thanks again and keep it up.
Global Link Education
Quran Online
Online Quran Academy
Online Quran Classes
Post a Comment