Buku oh buku..yayy..
Assalamualaikum wrt wbt.,
Tak sabarnya nak dapat buku..=)
Baru-baru ni Pesta Buku Antarabangsa 2009 berlangsung di KL. Sejujurnya, diri tak pernah pun berpeluang pergi..bukan orang KL..tapi kali ni, untung ada Senior yang baik hati bertanya kalau ada apa-apa karya yang mahu dikirim dari situ. Orang tuanya di Malaysia kebetulan akan pergi ke event tersebut dan akan datang ke US untuk graduation day Senior yang baik hati tu...Maka dengan itu bolehlah diri mengirim sebiji dua buku..=)
Jadinya, setelah selidik-selidik,
Buku-buku yang dikirim:
dan
menjadi pilihan hati..
Diri memang suka karya Faisal Tehrani. Walaupun mungkin ada suara-suara enak dan sumbang yang akan mengatakan diri terlalu sastera, tradisional, bunga-bungi dan sebagainya, biarkan... banyak yang boleh dipelajari dari novel Faisal Tehrani ni. Kalau ada sesiapa yang pernah baca dan suka, akan perasan yang karya-karya Faisal Tehrani sangat sarat dengan mesej kehidupan, sejarah, malah isu semasa, yang diilustrasikan dalam pelbagai cara : novel, cerpen, drama dan sebagainya. Faisal Tehrani memang bijak menggarap idea yang dicanai mindanya dalam susunan bahasa yang kreatif, dan konsep yang pelbagai dan menarik. Walaupun kadang-kadang ada jugak yang sukar difahami..hehe.
Sebenarnya kalau orang mahu membaca buku dengan mata hati dan bukan mata zahir sahaja, segala isi buku tanpa mengira apa genre pun akan meresap ke jiwa. Bukan sahaja buku, malah movie, watak manusia, kejadian alam, ujian dan malapetaka yang menimpa diri sendiri dan lain-lain.. sungguh, kalau manusia 'membaca' setiap perkara dengan mata hati, nescaya takkan timbul konflik dan segala macam penyakit hati di dunia ni. Kenapa? Sebab setiap perkara tu ada baiknya, walau sekelumit cuma. Sesungguhnya setiap perkara tu Allah jadikan ada hikmah dan pengajaran yang boleh kita pelajari. Cuma sedar tak sedar, mahu tak mahu je..Yang baik dijadikan teladan, yang jahat jadikanlah sempadan.
Jadinya..bacalah segala macam jenis buku, tontonlah segala macam jenis movie, berkawanlah dengan segala macam jenis orang, tapi dengan syarat: iman dan hati kenalah ditetapkan, batasan syarak harus dijaga. Jadilah macam ikan dalam air laut yang masin, yang tak berubah menjadi masin. Jangan jadi lalang yang ringan ditiup angin, condong saja mengikut arah tiupan angin.
Sekian =)
p/s: baru-baru ni senior tu bagitahu, buku-buku tersebut dah dibeli maknya, siap ada autograf asli dari Faisal Tehrani =) Alhamdulillah...Seronoknya!