Thursday, May 8, 2008

"Mulakan dengan diriku.."

Assalamualaikum wrt. wbt.
Wah! Berbulan-bulan diri xupdate blog..Aasifah2, memang betullah kalam-kalam orang berpengalaman, nak start memang mudah, tapi nak istiqamah memang cukup susah. Pagi ini, tanggal 9 Mei 2008, hari Ahad, Malaysia, dengan ditemani lagu nasyid Arab yang tengah berkumandang di corong radio IKIM.fm yang cukup lama diri xdengar, dan dengan lafaz bismillah, diri mulakan semula isi blog yang dah lama tergantung ni..huhu. Moga Allah beri kemudahan..

Hari ini, diri tertarik nak cetus satu isu yang dah lama jadi dilema dalam diri ni, dapat ilham dari satu forum yang bertopik, "Mulakan dengan diriku.." dari blog Bahan Tarbiyah.

Sewaktu kecil dulu, seingat diri, ayahlah orang pertama yang akan bangun tepat jam 6 pagi dan mengejut kakak, abang dan diri sendiri untuk bersiap ke sekolah. Ayahlah yang akan menjerang air panas, membuatkan air susu campur nestum untuk kami dan menghantar kami ke sekolah. Besar sikit, bila diri menginjakkan diri ke asrama, setiap pagi, bergemalah satu ASPURI dengan suara merdu warden mengejutkan pelajar bangun Subuh dan pergi ke surau. Lepas solat subuh, ke Dewan Makan utk sarapan, kemudiannya ke sekolah, prep petang, riadah, prep malam, minum malam, tidur dan seterusnyalah selama 5 tahun diri hidup di asrama tersebut. Segala-galanya diatur mengikut timing. Waktu tu hanya tahu ikut sajalah peraturan, tapi sekarang bila difikir2 semula, terasa macam ROBOT pula.



Bila Allah takdirkan rezeki diri di bumi USA, belajarlah diri erti berdikari yang sebenarmya. Jauh dari keluarga, rumah dan sahabat handai yang sebenar2nya jauh..huhu. Kalau dulu, selalunya bukan diri orang pertama ke surau untuk Subuh berjemaah, tapi kini, perlu dengan inisiatif sendiri untuk bangun subuh dan menggerakkan roomate yang lain (itupun kerap tewas..huhu), perlu usaha sendiri untuk mencari tempat solat di bawah tangga, tempat2 tersorok sedikit untuk solat di Featheringhill Hall dan stesyen2 minyak jikalau bermusafir.

Dari aspek Dakwah dan Tarbiyah, tak dinafi diri masih terlalu bergantung pada kakak2 senior yang masih menapak di Vandy. Jika diajak ke Muktamar MISG-IMSA ke, Tamrin ke, majlis2 ilmu seperti AlMaghrib, Usrah2 kecil bersama orang tempatan ke dan sebagainya, barulah tergerak nak pergi (itupun acapkali juga terpaksa menolak sebab sibuk..Aasifah Kak Ena, Kak Raihan!=(..Kadang2 terasa juga diri ni seperti dysfunctioning, futur sentiasa dan tak istiqamah, terlalu lali menjadi pengikut sejak dari dulu, sehingga xmampu nak bergerak dengan inisiatif sendiri. Wallah, diri rimas dengan situasi diri sekarang!

Diri pinjam ayat dari forum "Mulakan dengan diriku.." -"Pagi tadi entah macamana tiba2 saya menjadi orang yang pertama. dan baru lah saya terfikir. kalaulah selama ni saya asyik menjadi orang yang mengikut. hanya mahu bergerak bila tgk orang lain bergerak. maka apa yang akan terjadi bila satu hari saya dicampakkan ke suatu kawasan yang tiada orang lain yang memulakannya, dan secara automatisnya saya tiada tempat untuk mengikut, dan seterusnya tidak dapat tidak harus memulakannya (agak berbelit tapi saya yakin anda memahaminya).Persoalannya mampukah saya memulakannya jika keadaan sekarang berterusan begini (tidak memulakan sesuatu) ??"-

Ya, jika keadaan begini berterusan sehingga akan datang, macamana diri nak jadi pemimpin kepada orang yang akan diri pimpin, adik2 usrah, bakal2 pekerja, dan insyaAllah anak-anak diri suatu hari nanti, komuniti masyarakat, negara dan yang paling penting agama Islam?

Diri yakin ramai lagi yang berdilema sebegini. Diri petik lagi - "Saya contohnya, sewaktu ingin bangun dari tidur. Kebiasaannya saya akan bermonolog.Malas rasanya untuk bangun,berat untuk tolak quilt ke tepi dan mengharung kesejukan ke bilik air. Lalu saya akan tanya diri saya "Perlukah saya bangun?". Saya akan mendengar 2 jawapan, satu "perlu!", dan satu lagi "10 min je lagi". To be fair saya akan consider kedua2 jawapan, tapi akhirnya saya akan sampai pada satu kesimpulan..macammana sekalipun, saya akan perlu bangun juga..macammana sekalipun saya akan terpaksa tolak quilt ke tepi, mengharung kesejukan ke bilik air dan membasuh muka dengan air sejuk (well, suam). Its just now or after 10 min (or mungkin boleh terlajak ke 20, 30 min). Jadi baik saya bangun sekarang sebab at least sempat juga 2 rakaat tahajjud before subuh. Monolog sebegini selalunya membantu saya untuk bangun dari tidur"-

Kesimpulannya, we have to start somewhere, biasanya kita akan menunggu waktu yang appropriate untuk berubah, menunggu sesuatu untuk berlaku yang memberi kesedaran dan kononnya membuka pintu hati kita untuk kita berubah seterusnya berbuat kebaikan. Kita menunggu waktu tapi sebenarnya, macamana sekalipun, kita akan perlu juga menempuh waktu2 tersebut, kenapa tidak kita mulakan saja sekarang dan sempat melakukan sebanyak mungkin kebajikan dan kebaikan di bumi Allah ini. Kerana sejauh manakah kita tahu sesempat mana kita hendak berubah sebelum nyawa ditarik, selama mana Allah SWT mengizinkan kita menghirup udara milikNya di muka bumi milikNya ini? Begitulah hebatnya pengetahuan Allah, dirahsiakan ajal kita supaya kita sentiasa berusaha mengejar kebaikan tak megira masa dan menunggu masa untuk menanti sesuatu yang merangasang kita untuk berubah. Berubahlah! Berubahlah, Azni!

p/s: Analoginya kini memang apply la dengan situasi blog ni: diri ni sebenarnya seorang yang agak perfectionist sekali. Most of the time, diri nak ilmu yang betul2 sempurna, menarik dan berisi untuk dikongsi dalam blog ni (menunggu sesuatu untuk mencetus perubahan), barulah diri terfikir nak update (melakukan perubahan), malangnya perfectionist yg terlampau tu sehingga berhabuk blog ni xberupdate..huhu. Apa2 pun diri akan cuba lebih istiqamah selepas ini, InsyaAllah...

1 comments:

Alice June 14, 2008 at 4:53 AM  

thanks..

post ne banyak memberi kesedaran kepada saya.

:)

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP