Thursday, March 29, 2007

Maaf semua..

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..

Serasa nak membuat kelainan untuk entri kali ni..kalau di entri-entri yang lepas, diri banyak selit unsur ilmu untuk perkongsian, nak tukar selera pula..kepada yang mengikuti perkembangan sehingga kini, terima kasih amat!anda semua buat diri bersungguh-sungguh untuk terus menulis (walaupun sebenarnya banyak yang di'copypaste' je..hehe..=))

Sebelum tu, diri ambil kesempatan ni nak tuju maaf yang bersungguh kepada semua, terutama yang ada di sekeliling diri..sungguh, belakangan ni diri banyak buat orang susah..susah hati, susahkan diri semua..susah segalanya!timbul suara di kepala, 'HABLUMMINALLAHU WAHABLUMINANNAAS, wahai diri!hubungan dengan Allah diri nak jaga, hubungan dengan orang di sekeliling diri tak hirau pula?!' masyaAllah..sungguh-sungguh diri minta maaf kepada semua.diri tak lepas dari membuat kesalahan walau secalit pun kepada anda semua..maaf..termasuk kepada yang sedang membaca..

Sudah terlalu banyak airmata yang tumpah belakangan ni..

Beberapa hari kebelakang, diri ber'ym' dengan abang yg kedua, yang sekarang berada di KL..mesra dengan panggilan abg.Ain..alhamdulillah,dari pengamatan peribadi, kehidupan abg.Ain semakin baik..sudah beroleh karier bagus selepas grad bulan lepas..dan dalam perancangan, akan mendirikan masjid pula tahun depan, insyaAllah..syabas abg.Ain!adek bangga dan tumpang bahagia dengar cerita-cerita abg.Ain..bila difikir-fikir semula, diri tak teringat bila kali terakhir kami adik beradik bercerita tentang perihal peribadi begitu di rumah..masing-masing macam biskut; kejap ada kejap takde..yalah,belaja pon jauh-jauh..wallah diri tak sangka dalam jangka masa 2 jam chatting tu boleh terkeluar semua cerita silam yang selama ni dipendam..dan adek minta maaf teramat pada abg.Ain..sekali lagi, diri ini tak putus berbuat salah kepada insan di sekeliling, tak cukup diri sendiri menangis, diri buat abang kandung menangis pula hari itu..ayatnya yang terakhir pada jam itu, "Azni Nabela tetap adik abg.Ain.." benar-benar menyentuh hati batu diri, buat airmata jatuh berderai lagi..tabahlah diri..tabahlah..

Sedang-sedang menulis sehingga lewat malam begini, teringat pula pada Alia, rakan seperjuangan yang tak jemu tolong kejut setiap pagi untuk ke kelas..Allah..sabar sungguh Alia dengan karenah diri yang tak menentu..maaf sangat-sangat Alia kalau akhir-akhir ni diri keberatan nak ke kelas bersama..diri tidur lewat..entah kenapa sejak akhir ni tak berkemahuan tidur. diri malas bila terfikirkan mimpi yang datang nanti bukan-bukan! mungkin terlalu banyak berfikir, sudah berturut-turut diri mimpi dilanggar lori dan rumah dimasuki perompak.teringat pula abang sulung diri yang pernah mendakwa mimpikan diri bertemu kemalangan 3 hari berturut-turut sebelum diri ke sini..subhanAllah..ada apalah dengan mimpi ni kan..?wallahualam..harapnya mainan tidur! dan kelmarin semalam tak silap, diri mimpikan sahabat lama yang jauh..mimpikan dia tolong diri jahit baju yang sangat banyak!bunyi macam kelaka..dan subhanAllah..si Siti ni bagi offline message YM kat diri yang berbunyi,'aku tgk ko ni macam ade bnyak prob je kat sane.kalo de msalah,gtau la aku.u can't keep it all 2 urself..lame2 simpan nnt bernanah tau.in case u need me,jst gtau ok.g luck in ur tests n xms'..ya Allah..nak menitis airmata diri membaca..sahabat yang hampir 6 tahun tak ketemu tu boleh tergerak hati untuk bertanya..mungkin Siti perasan 'status YM' diri yang bernada melankolik akhir ini..rasa bersalah lagi..maaf Siti...tak patut diri buat Siti risau..

Dan bukan Siti saja, kepada floormate Aliaa dan Jiha, maaf banyak2 sebab selama ni diri jadikan bilik kalian 'port' tidur kalau diri tensyen..=)dan maaf buat kalian tertanya-tanya juga..

Baru-baru ini juga,seorang teman bersama beberapa yang lain pergi menjenguk SAKTI..SAKTI..Allah..rindu banget diri sama kamu!=) tempat diri belajar erti kehidupan..serasa memori semalam bertandang pula waktu tu..atas permintaan diri, teman tersebut me'freehand'kan handsetnya agar diri dapat mendengar bunyi sekolah..bunyi yang paling diri rindu!sampai kehabisan bateri handset teman tu...maaf teman, diri menyusahkan!tersenyum diri bila teman tersebut bercerita; cikgu-cikgu sibuk bertanyakan tentang kami...insyaAllah,cikgu,insyaAllah..namun kebanyakan dari tempoh waktu mendengar tu, diri lebih banyak tak tahan mengalirkan airmata..banyak sangat kenangan di SAKTI tu..menjadikan diri adalah diri pada hari ini!

Dan apabila diri memikirkan mak yang akan menjalani pembedahan 5 April ini, buat diri semakin sedih dan tak keruan..jauh-jauh begini pula..tergerak juga hati untuk menelefon, tapi khuatirkan airmata ni tak dapat ditahan nanti, buat diri batalkan niat tersebut..tak sanggup ganggu emosi mak lagi-lagi dalam tempoh waktu begini..'maafkan adek sangat-sangat, mak..adek tak kuat dan tabah..'walhal dalam hati ni, merayu-rayu minta dicurahkan je semua kesusahan dan perasaan yang dipendam selama ni..apa-apa pun, diharapkan semua berjalan lancar, dan mak dapat menjalankan kehidupan baru yang lebih sempurna!

Sunat taubat, Surah Yasin dan airmata saja yang menjadi teman dan penenang kala ini..ya Allah..ya Rahmaan..kurniakan kekuatan kepadaku!

5 comments:

kalamsepi March 29, 2007 at 10:54 AM  

Assalamu'alaykum,

My dear sister,
As I told you before, you are wiser than your age. Be tough!

"When the going gets tough, the tough gets going"

Dan sesungguhnya, tiada siapa yang mengerti melainkan Allah akan rahsia hati meski baru belasan tahun kehidupan ini.

"Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya."
-Surah Yusuf : 86

Teruskan langkah, hanya Allah selayaknya menghentikan langkahmu..

Uhibbuki Lillahi ta'ala :)

sahabat March 31, 2007 at 10:01 AM  

dalam diam rupanya ada ombak yg bergelora..

you have friends azni, who can share your sorrow with.

Alia April 3, 2007 at 8:58 PM  

azni.. sorry la, kita jumpa azni setiap hari, tapi kita tak tahu pun azni tengah sedih.
awak, i know you are really tough. doa banyak-banyak azni. and take care of yourself. i don't want you to fall sick, and neither do your family.
kita doakan keselamatan mak awak. dan juga keluarga awak. abaikan je mimpi2 tu. semoga segalanya ok. =)

sazs April 6, 2007 at 6:17 PM  

sabar+doa...kita kan ade Allah..no worries girl

pencari_nur April 6, 2007 at 6:42 PM  

jazakumullahu khairan wa kasiiran semua!

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP